> “Hanya satu wakil keluarga dibenarkan keluar rumah”- Datuk Seri Fadillah Yusof
Loading...

“Hanya satu wakil keluarga dibenarkan keluar rumah”- Datuk Seri Fadillah Yusof

Loading...
Loading...

Sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa yang bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, namun masih lagi terdapat golongan yang degil dan ingkar dengan arahan yang telah diperintahkan.

Ekoran itu, sidang media pada tengah hari tadi memaparkan Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Video Player
00:00
01:04
Tambah beliau lagi mereka yang terpaksa keluar rumah untuk urusan penting lebih daripada seorang, perlu memberi penjelasan kepada pihak polis dan polis akan menggunakan budi bicara untuk memberi kebenaran.
Orang ramai dinasihat untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan dan keluar hanya bila perlu sahaja.
“Sekiranya terpaksa keluar, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengikut penjarakan sosial (social distancing),” katanya dalam sidang media.
Sumber: Berita harian.

LihatTutupKomentar
Loading...